TONSILITIS

SEJARAH PESAKIT TONSIL
Saya menghidap tonsil sejak dari kecil. Setiap kali lihat di cermin saya sangka semua orang akan memiliki rupa rongga mulut yang sama sehinggakan di sekolah rendah apabila melukis rupa orang menganga mulut, saya akan mengajar kawan-kawan dengan melukis rupa tonsil di sebelah kiri dan kanan anak tekak. Saya beritahu begitulah rupa kalau kita buka mulut. Kerana semua orang percaya maka saya membawa kepercayaan tersebut sehingga besar.
Keadaan mulut pesakit TONSIL

Penyakit tonsil saya semakin kronik apabila saya memasuki alam universiti di tahun satu. Ketika itu saya berasa rimas kerana orang yang normal akan demam 1-2 kali setahun tetapi hampir setiap bulan saya demam. Apabila demam ia akan mengambil masa sehingga 2 minggu untuk pulih.


Saya pernah bertengkar dengan doktor panel UM ( dalam kampus ) kerana saya mahukan surat pengesahan untuk melakukan pembedahan pembuangan tonsil tetapi beliau memberitahu bahawa " tonsil awak masih kecil dan boleh disimpan lagi. Lagi pun jika buang tonsil sekali pun kebarangkalian untuk tonsil tumbuh semula amatlah tinggi. Awak ni ngada-ngada. Belum ada pesakit tonsil yang mati ". Ada doktor lain pula ( Doktor Bala kalau tidak silap ) mempermainkan saya dengan memberitahu bahawa jika saya sudi menjalani eksperimen, saya akan dihadiahkan dengan seutas jam ROLEX dan wang RM 250 tetapi saya menolaknya.

Zaman Universiti memang pelik kerana ada kawan saya sanggup derma darah walau pun tidak makan seharian kerana tiada wang. Jika menderma darah untuk tujuan eksperimen maka mereka akan dapat wang RM30 dan wang inilah digunakan untuk makan.


Pada tahap kronik, saya hanya mampu makan roti yang dicecah air kosong sahaja namun minum air mineral pun tekak berasa pahit. Sehingga anti-biotik yang berharga RM8 sebiji pun tidak mampu untuk memulihkan demam saya. Ini merisaukan saya kerana sistem universiti menggunakan semester dan jika terlantar sakit maka saya sukar untuk ke kuliah dan akan ketinggalan. Oleh itu saya sekali lagi terpaksa bertengkar dengan doktor panel UM untuk mendapatkan surat pengesahan dan akhirnya saya berjaya. ( Jika membuat pembedahan ketika status pelajar ia adalah percuma kerana pelajar telah membayar wang perubatan setiap semester ).

Setibanya di Hospital Universiti, doktor di sana memarahi saya kerana tonsil saya telah kronik dan lambat untuk menjalani pembedahan. Apabila ditahan di wad, saya berjumpa dengan seorang hamba ALLAH yang mengalami tonsil tetapiu nasibnya lebih malang kerana tonsilnya telah pecah akibat makan cucur udang. Inilah akibat mengamalkan budaya " MELAYU " di mana orang kita selalu berpesan jangan disayang-sayang apabila sakit. Kalau nak makan, makan sahaja apa yang kita nak kecuali yang tidak memudaratkan.

Pesakit tonsil biasanya dalam dilema kerana apabila sakit orang akan kata tekak yang sakit, bukan tangan, kaki atau kepala. Maka bila sakit makan aje apa-apa dan jangan tahan-tahan atau di sayang-sayang tonsilnya itu. Itulah apa yang berlaku kepada hamba ALLAH tersebut di mana tonsilnya telah pecah. Semasa berborak bersamanya, dia tampak gembira kerana doktor telah berjaya memberhentikan pendarahannya. Pada malam hari ketika sedang tidur di katil wad, tiba-tiba hamba ALLAH tadi tebatuk dan terus memuntahkan darah dan darah yang keluar seperti air paip yang pecah. Doktor segera memberhentikan pendarahan dengan menutup salur darahnya menggunakan kapas dan membawanya ke ICU serta-merta.

Keesokan harinya apabila ditanya kepada jururawat mengenai nasib hamba ALLAH tersebut, beliau mengatakan bahawa dia telah meniggal dunia. Innalillah....
Saya berasa takut dan mujur pada pagi tersebut giliran saya untuk membuang tonsil melalui pembedahan. Setelah pembedahan selesai, semua masalah telah berakhir. Saya sempat menghabiskan alam universiti dengan jayanya.

Setelah beberapa tahun berlalu dan setelah berkahwin, tiba-tiba tekak berasa sakit seperti tonsil. Setelah mendapatkan rawatan ternyata tonsil saya kembali menyerang. Saya berasa panik dan setelah disiasat ternyata bahawa jika semasa pembedahan doktor gagal membuang sepenuhnya atau tertinggal walau sedikit residu tonsil, maka residu tersebut akan kembali aktif.


Saya berikhtiar untuk mencari rawatan alternatif dan Alhamdulilah saya bertemu ACULIFE melalui rancangan MAJALAH 3. Tanpa membuang masa saya terus membeli akupunturbio dan mesin anion ACULIFE. Apabila menggunakan ACULIFE tonsil terus hilang dalam sehari. Dulu Jika diserang tonsil, ia akan mengambil masa paling kurang 3-5 hari untuk pulih. Sehingga hari ini saya tidak lagi dijangkiti tonsil kerana menggunakan ACULIFE secara konsisten. Kelebihannya juga ia tidak mengambil sebarang ubatan kimia kerana saya seorang yang sukar untuk makan ubat akibat melihat ayah mengambil terlampau banyak ubat dari muda sehingga terlantar sakit apablia tua.


Terima kasih ACULIFE !!