FAQ

 Apakah perbezaan di antara set ACULIFE hijau dan set ACULIFE kelabu ?
ACULIFE didatangkan dalam 2 versi dimana versi asal adalah yang berwarna kelabu di mana di Malaysia ia sukar didapati dan harganya juga amat mahal sedikit berbanding versi hijau.

Versi ACULIFE hijau didatangkan oleh sebuah syarikat yang berasal dari China di mana mereka telah membeli dalam kuantiti yang banyak dan melakukan "rebranding" di atas jenama mereka sendiri iaitu ACULIFE TIENS.

Siapakah golongan sasaran pengguna ACULIFE ?

ACULIFE sesuai digunakan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda kerana ia juga boleh digunakan pada bila-bila masa walaupun anda berada dalam keadaan sihat. Ia dicipta khusus bagi masyakat kini di mana kebanyakan penduduk kurang bersenam akibat kekangan masa akibat bekerja.

Bagaimanakah rawatan akupunturbio ACULIFE? adakah ia menggunakan jarum seperti akupuntur tradisional?

Tidak! Rawatan akupunturbio ACULIFE adalah semudah ABC di mana ia hanya memerlukan kita memakai alat telinga di sebelah kiri dan hanya meletakkan mata jarumnya yang tumpul ke bahagian akupoin yang disasarkan seperti dalam rajah akupoin ACULIFE.Setiap akupoin hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

Kenapa harus memakai alat telinga di sebelah kiri? 

Alat telinga adalah  pasangan atau pelengkap kepada mata jarum ACULIFE. Ini kerana ia ibarat positif dan negatif di mana jika kedua-duanya tidak bersambungan dengan badan kita, maka aliran elektrik tidak akan lengkap maka rawatan tidak boleh dilakukan. 

Akupuntur tradisional juga ada yang menggunakan aliran elektrik tetapi ia lebiih menyakitkan berbanding rawatan ACULIFE di mana dengan menggunakan ACULIFE, kita dapat mengawal kuasa aliran elektrik yang akan melalui tubuh badan kita mengikut kemampuan diri atau badan.

Sebelah kiri/ anggota kiri digunakan kerana telinga kiri merupakan organ yang terhampir dengan jantung kita, Ini kerana jantung kita mengepam darah melalui anggota kiri seterusnya dibawa ke anggota kanan dalam pengumpulan toksik atau karbon dioksida untuk dibuang melalui paru-paru. Oleh itu penggunaan anggota kiri adalah lebih efisien dalam perawatan ACULIFE ini.

Apakah kelebihan akupunturbio ACULIFE?

KEBAIKAN :
1. Mengembangkan saluran darah dan merangsang kemasukan oksigen untuk kegunaan
sel seterusnya melancarkan peredaran darah.

2. Menyegarkan semula fungsi-fungsi saraf yang lemah akibat kelumpuhan.

3. Meningkatkan pengecutan otot-otot serta meningkatkan metabolisme badan.

4. Tidak meninggalkan kesan terbakar pada kulit apabila elektrik melalui anggota badan kita kerana kita dapat mengawal jumlah arus yang digunakan.Tidak seperti rawatan akupuntur tradisional yang menyakitkan. 

5. Penggunaan akupunturbio ACULIFE ini juga tidak memerlukan pesakit / pengguna mengambil sebarang ubatan kimia. Ini sesuai bagi mereka yang kurang gemar memakan atau mengambil ubat-ubatan.

6. Akupunturbio ACULIFE ini didatangkan dengan adaptor dan bateri. Ini bermakna selain menggunakan elektrik, anda juga boleh menggunakan bateri dan ACULIFE ini boleh dibawa kemana sahaja dan anda boleh mendapatkan rawatan pada bila-bila masa mengikut kelapangan anda termasuk di tempat kerja.

Apakah pantang larang ACULIFE/ pantang larang semasa melakukan rawatan ?

1. Akupunturbio ini tidak dapat digunakan oleh kanak-kanak di bawah usia 2 tahun.

2. Tidak boleh digunakan oleh pesakit yang menggunakan bateri di jantung.

3. Wanita yang hamil.

4. Pesakit kanser yang kronik.


5. Pesakit buah pinggang yang belum melakukan rawatan pencucian buah pinggan. 
( peringkat awal kerosakan buah pinggang )

Apakah kelebihan ACULIFE yang membuatkan ia sangat berkesan dalam merawat penyakit?

ACULIFE memberikan kesan penyembuhan yang segera dan hasilnya sangat memuaskan. Ia memerlukan pesakit/pengguna menggunakannya selama paling kurang 20 minit sahaja setiap hari.

Penggunaan akupunturbio ACULIFE ini juga tidak memerlukan pesakit / pengguna mengambil sebarang ubatan kimia. Ini sesuai bagi mereka yang kurang gemar memakan atau mengambil ubat-ubatan.